Baru saja selesai membaca buku Pemikir Islam Ragi Al-Faruqi oleh Abdul Halim Ramli. Di sini mungkin boleh dikongsikan pemikiran beliau dalam mebangunkan Islam yang boleh dikatakan mengkagumkan. Beliau seorang yang amat mementingkan ilmu dan mengatakan ilmu merupakan satu pendekatan menjauhi kemunduran.
Al Faruqi juga berpendapat elakkan pemisahan dalam mencapai kejayaan. Maksudnya, jika anda seorang guru tidak seharusnya mengajar atas dasar anda seorang guru semata - mata tapi cuba berpaksikan seorang guru yang beragama Islam. Bukan sahaja mengajar berpandukan sukatan pelajaran sahaja tetapi cuba kaitkan dengan alam yang merupakan ciptaanNya.
Manusia cuma perlu bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri dan tidak akan menanggung perbuatan orang lain. Kebebasan memilih diberikan kepada manusia bertujuan manusia mampu melaksanakan kehendak Tuhan atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Terpulang kepada individu untuk melakukan sesuatu amalan. Namun Al-Quran menyatakan manusia tidak bertanggungjawab sekadar apa yang mereka mampu lakukan.
Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambil kira cara penyampaian yang digunakan agar selaras dengan landasan agama. Seelok-eloknya elakkanlah bertawakal semata-mata. Sebaliknya, melakukan sesuatu dengan berusaha kemudian bertawakal. Al - Faruqi menentang tasawuf kerana umat Islam pada zaman semangat Arabisme muncul mereka hanya bertawakal semata-mata dan menyebabkan kemunduran. Tetapi Al-Faruqi tidak menentang Tasawuf tulen kerana tasawuf tulen betawakal selepas berusaha sehabis baik.