RSS

Tuesday, December 1, 2009

Bermula dengan Allah..Berakhir juga denganNya

Baru saja selesai membaca buku Pemikir Islam Ragi Al-Faruqi oleh Abdul Halim Ramli. Di sini mungkin boleh dikongsikan pemikiran beliau dalam mebangunkan Islam yang boleh dikatakan mengkagumkan. Beliau seorang yang amat mementingkan ilmu dan mengatakan ilmu merupakan satu pendekatan menjauhi kemunduran.

Al Faruqi juga berpendapat elakkan pemisahan dalam mencapai kejayaan. Maksudnya, jika anda seorang guru tidak seharusnya mengajar atas dasar anda seorang guru semata - mata tapi cuba berpaksikan seorang guru yang beragama Islam. Bukan sahaja mengajar berpandukan sukatan pelajaran sahaja tetapi cuba kaitkan dengan alam yang merupakan ciptaanNya.

Manusia cuma perlu bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri dan tidak akan menanggung perbuatan orang lain. Kebebasan memilih diberikan kepada manusia bertujuan manusia mampu melaksanakan kehendak Tuhan atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Terpulang kepada individu untuk melakukan sesuatu amalan. Namun Al-Quran menyatakan manusia tidak bertanggungjawab sekadar apa yang mereka mampu lakukan.

Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambil kira cara penyampaian yang digunakan agar selaras dengan landasan agama. Seelok-eloknya elakkanlah bertawakal semata-mata. Sebaliknya, melakukan sesuatu dengan berusaha kemudian bertawakal. Al - Faruqi menentang tasawuf kerana umat Islam pada zaman semangat Arabisme muncul mereka hanya bertawakal semata-mata dan menyebabkan kemunduran. Tetapi Al-Faruqi tidak menentang Tasawuf tulen kerana tasawuf tulen betawakal selepas berusaha sehabis baik.

Saturday, October 31, 2009

Katakan 'PENAT!' pada mengumpat...

Ya!Sedar tak sedar cuba kita hitung berapa kali kita bercerita mengenai orang pada hari ini? Mengapa kita tidak berhenti bercerita mengenai orang dan tidak ada topik lainkah selain orang yang ingin dikatakan?Adakah kita terlmpau cetek pengetahuan sehingga selalu bercerita mengenai orang?Hrmm cuba kita kenang kembali tabiat kita yang satu ini.

Tambahan lagi, setiap kata yang dikeluarkan mungkin berbaur pelbagai penyakit hati(mungkin). Apabila selesai mengumpat, mulalah pelbagai ramalan akan berlaku dan tidak mustahil ramalan tersebut menjadi kenyataan ( samada kepada diri kita atau orang lain). Tidakkah tragis perkara itu?

Salah satu contoh gejala ramalan yang boleh kita ambil ialah Kesan Pigmalion iaitu salah satu mitos Yunani. Pigmalion ialah seorang pengukir kayu yang mengukir patung perempuan paling jelita dengan niat hendak menjadikan isteri. Akhirnya, kerana terlalu akin Dewi Venus mengkabulkan doanya dengan memberikan patung tersebut nyawa.

Contoh yang paling dekat boleh kita lihat ialah apabila seorang isteri mula mengandaikan suaminya akan berkahwin lain. Masuk 40 kali ramalan yang tidak logik itu diulang-ulang adalah tidak mustahil perkara tersebut menjadi realiti.

"pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" -Surah An-Nur Ayat: 24-

Renungkan dan cuba hayati ayat di atas betapa banyaknya saksi yang akan membantu memberitahu apa yang kita telah katakan di dunia. Ada sesetengah mungkin telah berazam untuk tidak mengumpat. Tahniah atas rasa azam itu! Tetapi azam yang ditanam tidak dapat dilakukan hanya dengan berdoa atau berniat sahaja cubalah berusaha untuk merealisasikan azam itu.

Kita hendaklah mendorong diri kita untuk mengelak daripada perkara jahat walaupun kadang-kadang pelbagai halangan berlaku. Pada masa inilah, konsep realisasi-diri mungkin berkesan untuk mendorong diri kita untuk memperbaiki diri kita. Maslow mengatakan :

1. Mereka mempunyai persepsi yang baik berkenaan realiti.
2. Mereka mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menerima keadaan dan orang sekeliling mereka seadanya.
3. Sangat spontan.
4. Fokus fikiran mereka selesaikan masalah bukan kemenangan!
5. Sukakan privasi dan menyendiri.
6. Berjiwa merdeka dengan tidak terikat dengan pelbagai sekatan- sekatan adat.
7. Mereka mudah menghargai dan mudah memberi reaksi emosi.
8. Mudah mendapat saat-saat kemuncak kerana mereka berjiwa merdeka.
9. Nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri mereka.
10. HUbungan yang sihat dengan orang sekeliling mereka.
11. Nilai demokratik dalam diri mereka.
12. Mempunyai nilai-nilai yang disusun dalam diri mereka dan mengamalkannya.

Oleh itu, cuba kita tanamkan semangat trima segala-galanya seadanya mungkin kita mungkin akan dapat mengubah diri kita dari dalam. Mungkin semua ini(tabiat mengumpat) dapat dibuang dari hidup kita..

*Ini ingatan untuk diri ini juga...

Saturday, October 17, 2009

Cara Kita berfikir....

Kejarlah pemkiran luar dari kotak
Kamu akan mengejar persoalan
Persoalan yang mungkin membuka mata kamu
Bagaimana bumi ini berfungsi..

Pelbagai perkara akan kita temui dalam dunia ini. Cuba kita kecilkan skop kehidupan yang dilalui. Ketika berjalan..berjalan...dan terus berjalan..Andai kamu terjumpa atau terenung titisan air..Pernahkah kamu merenung titisan air dari daun yang jatuh ke bumi? Pernahkah kita berfikir bagaimana titisan air itu jatuh menghempas bumi? Apabila membuat sedikit tambah tolak dan bahagi tidak mustahil satu blog in tidak muat untuk menceritakan bagaimnana indahnya titisan air itu jatuh.

Mengapa tidak kita cuba mewujudkan soalan - soalan yang mampu buat kita berfikir. Mengapa mesti menetapkan had kepada fikiran kita untuk berfikir. Mungkin ada di antara kita pernah memupuk dalam akal aku untuk berfikir dengan sehabis baik untuk mendapat result yang baik untuk SPM. Hakikatnya, kita akan kehilangan punca dan akan mula mendapati kejayaan bukan berpaksikan SPM semata-mata(jika mempunyai kesedaran). Sebaliknya, kamu akan mula tercari-car matlamat hidup.

Malu melakukan pembaharuan?
Malu meluahkan pendapat bertentangan?
Malu berbicara hal serius?

Orang yang mampu berfikir jauh sedikit dalam erti kata lain..Mempunyai daya fikir yang lebih kreatif dengan berfikir mengenai input yang diterima. Bukan hanya menerima semata-mata input tersebut(yang kamu terima dari mana-mana). Jika malu untuk berbicara dengan rakan cubalah kamu berbicara dengan orang yang kamu rasa boleh memberitahu mengenai idea kamu dengan ini kamu dapat menjana akal kamu untuk berfikir dengan lebih mendalam.

Cuba renungkan...

Saturday, September 26, 2009

Raya yang best...2009~



Selamat Hari Raya diucapkan pada semua umat Islam di Malaysia..Semoga Raya ini membawa makna dalam kehidupan anda semua..Insyaallah

Raya tahun ni rasanya raya yang paling best sebabny buat petama kalinya aku ada gamba family hehehe..Walaupun raya pertama degan raya kedua aku demam tapi tetap raya yang paling best..^^




Raya pertama pergi rumah nenek aku, lepas tu yang paling best dekat kampung Senggarang. Situ ada ramai oran yang membesarkan aku walaupun sekejap tapi kat situlah tempat paling aman. Ada nyai MAR, nyai..tapi yai dah tak ade..tapi tim ni x de gamba dlm kamera aku la...hrmmm


Ditamba pula setiap hari family aku buat rumah terbuka melengkapkan pakej aku untuk sakit perut sebab entah kenapa time aku nk isi perutlah time tu aku akan sakit. Paling menyedihkan bila sakit time nak layan tetamu. Tapi tak ape...aku gembira bila tengok semua orang hepi je...Hari ni, rumah terbuka keluarga sebelah bapa aku..Best yang tak terkira sebabnye aku jarang dapat kumpul semua.



ni gamba depan rumah mak cik aku..^^

Friday, September 25, 2009

PBS

PBS semester ni aku pilih sekolah di hadapan rumah aku je. Percaya tak percaya aku pergi sekolah jalan kaki.hehehe Sekolah Parit Raja Muar, sekolah ni pada aku, bes sangat. Semesterni, tugasan yang diberikan ialah lebih kepada subjek major. Jadi banyak la pasal Pendidikan Seni Visual cumanya sama banyak dengan Pendidikan Jasmani punya kerja. Tapi layankan je lah. Banyak la kenangan kat sekolah ni. Dalam seminggu tu macam-macam function yang kebetulan sekolah ni buat. Disebabkan sekolah ni ada 12 org pelajar praktikum jadi diorang pun buat majlis kat sekolah ni. Lepas tu, majlis menyambut bulan ramadhan lagi. Banyak la function.

Aku tengok padang sekolah ni memang besar. Besar sangat..Sekolah ni sebelah dengan Sekolah menengah Tunku Mahkota ( tak tahu eja betul ke salah). Terima kasih kepada guru sekolah ni yang banyak membantu aku dalam menyiapkan kerja kursus aku ni.
Ni antara kenangan aku kat sekolah ni.



Ni gamba aku ikut Cikgu Musa mengajar. Keatif sangat permainan yang dimainkan. Sebab aku jarang tengok budak aktif macam ni.



Yang ni pulak gamba time cikgu praktikum buat majlis. Sorry semua dari side belakang gamba ni je yg normal sikit..^^



Ni plak gamba member2 aku yang bat PBS dekat sekolah Muar. Time ni kitorang lepak kat Bowling BP..Aku x main pun entah nape aku x berminat..Tapi kadang-kadang bile tengok orang main kite suka taw..

Friday, August 28, 2009

Peragut & Merungut

Jangan tertipu dengan tajuk itu atau terkeliru. Hanya ingin mengatakan mengenaiadik beradik peragut iaitu pendatang. Tak adalah jauh sangat kan ikatan mereka. Tapi kejadian yang pada aku agak menakutkan dan mungkin hnya mencemarkan nama Malaysia sahaja.

Kejadian ini berlaku sekitar pukul 10 pahi di mana aku sedang menunggu bas untuk balik ke rumahku. Terdapat sekumpulan banla yang tidak tahu haluan mereka. Mereka duduk kemudian bangun. Jalan ke sana dan ke sini sehinggalah seorang pak cik penjual tiket cuba menjual tiket kepada mereka.

Apa yang aku cuba lihat pak cik itu cuba membantu mereka dengan membeli tiket kemudian menunjukkan bas yang mana akan mereka naik. Namun, ketika mahu menaiki bas (aku pula sedang menunggu pintu bas dibuka) tiba-tiba satu kekecohan berlaku. Entah mengapa bangla itu tidak percaya dan mengatakan pak cik itu berbohong. Kemudian mula mengutuk-ngutuk dalam bahasa mereka mengenai pak cik itu.

Aku terus mengalihkan pandangn ku ke arah lain tetapi kawan aku terus melihat aksi yang mereka lakukan itu kerana tiba - tiba pak cik itu naik berang dan menumbuk bangla itu. In kerana pak cik itu mengatakan bangla itu mengatakan 'Malaysia suka menipu'.

Tercengang aku melihat mereka. Adakah mereka pendatang tanpa izi sehingga mahu naik bas pun mereka terlampau takut. Kalau mahun jalan paling selamat cubalah berjalan beramai-ramai.

Ha....Itu baru mengenai peragut sahaja...Ops...pendatang sebenarnya...Apabila kita melihat perkara-perkara seperti itu berlakukita pasti akan merungut...merungut dan terus merungut. Itulah manusia...Tapi terutamanya perempuan. Kalau dapat kerja merungut susah la...berat la...tapi siap pelik kan? Yang paling penting ada setengah daripada perempuan yang suka merungut semasa melakukan kerja rumah...

Tengah sapu-sapu sambil mrungut-rungut...Kan bagus..kan bagus....kalau..kalau..

'kalau ada vakum x yah sapu'
'kalau ada orang gaji duduk saje'
'Kan bagus kalau anak-anak dah besar'

Macam-macam lagi la...Tapi hakikatnya semua orang ada masalah tersendiridan cuba 'thik positive'. Cuba bayangkan Miss Universe yang seksi tu pun perlu berfikiran positif kalau nak kemenanagn dalam tangan.Contohnya soalan baru-baru ni yang telah ditujukan kepada mereka.

Apa pendapat kamu menegenai sesetengah negara yang tidak membenarkan pemakaian seksi di negara mereka? Macam-macam jawapan tapi ada satu jawapan yang menarik perhatian di situ. Dia mengatakan perempuan mempunyai badan yang cantik da harus ditunjukan agar dihargai.(cuba renungkan jawapan yang diberi)

Wednesday, June 10, 2009

KEIKLASAN

Itu yang bapa aku kata dan selalu tekankan...

'Kalau buat apa-apa ikhlas..Semua perkara jadi mudah'

Aku percaya pada ayat ni...Percaya teramat amat...bila kita selalu buat kerja x berkira dan ikhlas kita kan disenangi dan juga mudah je hidup kita bila mengharungi hidup...Walaupun terdesak mana...Cuba kalau kita selalu kedekut...Orang akan berfikir dua tiga kali nak tolong kita....Perbezaan yang amat bersar dengan orang yang tidak berkira.

tapi....bila kita tak selalu berkira mesti orang akan mula pijak kepala kita....Apa kata kita guna karma je...Bila orang buat baik kita pun buat baik...tapi susah sangat nak buat macam tu...lagi-lagi seseorang telah memberi'spoil' dalam hidup kita...kan?

Words of the past haunt me as they linger nearby.
I watch in a state of wakefulness as everyone else unites.
My cold arms lacking the weight of the one whom I loved dear-
Cannot find the peace of mind that I want to hold near.

Silently counting the days that surpass me in a rush;
Glimpsing at each night with the sound of an awkward hush.
I bask in this sorrow that engulfs the rest of my broken heart,
I'm lost without your presence; you kept me sane for the most part.

The rest of the time I went insane with your touches of affection;
You held on tight to my kisses and promised me your protection
I jumped off the cliff of self-control and spiraled down towards oblivion;
Died without the chance to take one last glance into your eyes of obsidian.

Weak tears fall down my ghostly white face as I walk down this road:
I'm uncertain as to what direction to turn , I do not even know.
But I trust my image of you that lie forever etched inside my mind;
With you just in my heart and smiling so brilliantly within, I still can be alive.