Kejarlah pemkiran luar dari kotak
Kamu akan mengejar persoalan
Persoalan yang mungkin membuka mata kamu
Bagaimana bumi ini berfungsi..
Pelbagai perkara akan kita temui dalam dunia ini. Cuba kita kecilkan skop kehidupan yang dilalui. Ketika berjalan..berjalan...dan terus berjalan..Andai kamu terjumpa atau terenung titisan air..Pernahkah kamu merenung titisan air dari daun yang jatuh ke bumi? Pernahkah kita berfikir bagaimana titisan air itu jatuh menghempas bumi? Apabila membuat sedikit tambah tolak dan bahagi tidak mustahil satu blog in tidak muat untuk menceritakan bagaimnana indahnya titisan air itu jatuh.
Mengapa tidak kita cuba mewujudkan soalan - soalan yang mampu buat kita berfikir. Mengapa mesti menetapkan had kepada fikiran kita untuk berfikir. Mungkin ada di antara kita pernah memupuk dalam akal aku untuk berfikir dengan sehabis baik untuk mendapat result yang baik untuk SPM. Hakikatnya, kita akan kehilangan punca dan akan mula mendapati kejayaan bukan berpaksikan SPM semata-mata(jika mempunyai kesedaran). Sebaliknya, kamu akan mula tercari-car matlamat hidup.
Malu melakukan pembaharuan?
Malu meluahkan pendapat bertentangan?
Malu berbicara hal serius?
Orang yang mampu berfikir jauh sedikit dalam erti kata lain..Mempunyai daya fikir yang lebih kreatif dengan berfikir mengenai input yang diterima. Bukan hanya menerima semata-mata input tersebut(yang kamu terima dari mana-mana). Jika malu untuk berbicara dengan rakan cubalah kamu berbicara dengan orang yang kamu rasa boleh memberitahu mengenai idea kamu dengan ini kamu dapat menjana akal kamu untuk berfikir dengan lebih mendalam.
Cuba renungkan...
0 comments:
Post a Comment