RSS

Saturday, October 31, 2009

Katakan 'PENAT!' pada mengumpat...

Ya!Sedar tak sedar cuba kita hitung berapa kali kita bercerita mengenai orang pada hari ini? Mengapa kita tidak berhenti bercerita mengenai orang dan tidak ada topik lainkah selain orang yang ingin dikatakan?Adakah kita terlmpau cetek pengetahuan sehingga selalu bercerita mengenai orang?Hrmm cuba kita kenang kembali tabiat kita yang satu ini.

Tambahan lagi, setiap kata yang dikeluarkan mungkin berbaur pelbagai penyakit hati(mungkin). Apabila selesai mengumpat, mulalah pelbagai ramalan akan berlaku dan tidak mustahil ramalan tersebut menjadi kenyataan ( samada kepada diri kita atau orang lain). Tidakkah tragis perkara itu?

Salah satu contoh gejala ramalan yang boleh kita ambil ialah Kesan Pigmalion iaitu salah satu mitos Yunani. Pigmalion ialah seorang pengukir kayu yang mengukir patung perempuan paling jelita dengan niat hendak menjadikan isteri. Akhirnya, kerana terlalu akin Dewi Venus mengkabulkan doanya dengan memberikan patung tersebut nyawa.

Contoh yang paling dekat boleh kita lihat ialah apabila seorang isteri mula mengandaikan suaminya akan berkahwin lain. Masuk 40 kali ramalan yang tidak logik itu diulang-ulang adalah tidak mustahil perkara tersebut menjadi realiti.

"pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" -Surah An-Nur Ayat: 24-

Renungkan dan cuba hayati ayat di atas betapa banyaknya saksi yang akan membantu memberitahu apa yang kita telah katakan di dunia. Ada sesetengah mungkin telah berazam untuk tidak mengumpat. Tahniah atas rasa azam itu! Tetapi azam yang ditanam tidak dapat dilakukan hanya dengan berdoa atau berniat sahaja cubalah berusaha untuk merealisasikan azam itu.

Kita hendaklah mendorong diri kita untuk mengelak daripada perkara jahat walaupun kadang-kadang pelbagai halangan berlaku. Pada masa inilah, konsep realisasi-diri mungkin berkesan untuk mendorong diri kita untuk memperbaiki diri kita. Maslow mengatakan :

1. Mereka mempunyai persepsi yang baik berkenaan realiti.
2. Mereka mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menerima keadaan dan orang sekeliling mereka seadanya.
3. Sangat spontan.
4. Fokus fikiran mereka selesaikan masalah bukan kemenangan!
5. Sukakan privasi dan menyendiri.
6. Berjiwa merdeka dengan tidak terikat dengan pelbagai sekatan- sekatan adat.
7. Mereka mudah menghargai dan mudah memberi reaksi emosi.
8. Mudah mendapat saat-saat kemuncak kerana mereka berjiwa merdeka.
9. Nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri mereka.
10. HUbungan yang sihat dengan orang sekeliling mereka.
11. Nilai demokratik dalam diri mereka.
12. Mempunyai nilai-nilai yang disusun dalam diri mereka dan mengamalkannya.

Oleh itu, cuba kita tanamkan semangat trima segala-galanya seadanya mungkin kita mungkin akan dapat mengubah diri kita dari dalam. Mungkin semua ini(tabiat mengumpat) dapat dibuang dari hidup kita..

*Ini ingatan untuk diri ini juga...

1 comments:

attiq yg solehah said...

salam aie!

^_^

setuju utk x memisahkan agama ng rutin harian kita. x semestinya ckg PSV x leh cerita pasal sirah nabi kan...oyeh.